Friday, October 19, 2012

2+1=21

Alhamdulillah,

Ana kini telah genap usia 21tahun hidup atas muka bumi ALLAH ini. Alhamdulillah juga dapat sambut bersama ikhwah-ikhwah seusrah di Bumi Sarawak ini. Jazakallah kerana sudi makan kek yang ana beli tu walaupun dah lewat malam. Ada yang dah nak balik sebab isteri tunggu kat rumah, tapi masih sudi duduk dan makan....hehehe...

Usia 21tahun ini juga mengingatkan ana tentang kehilangan seorang ikhwah yang pernah seusrah dengan ana semasa di Sekolah Menengah Sains Alam Shah(ASiS) pada sekitar akhir tahun 2010. Akhi ni lebih disayangi ALLAH. Semoga ALLAH meredhainya. Al-fatihah untuk beliau. Beliau banyak menegur ana. Apa yang ana ingat tentang dia ialah, dalam bergurau, kalau ada terlebih, dia akan cepat-cepat beriktifar. Lagi satu, ana selalu terjumpa dia di surau sekitar waktu rehat (10AM-10.20AM). Dhuha, itulah yang selalu ana lihat dia lakukan. Semoga ALLAH melapangkannya di alam sana. Apa yang ana nak kongsi kat sini sesuatu yang kita tak pernah terfikir pun selama ini.

Apa..??

Usia ini, ke di mana kita habiskan?? Pernah tak kita fikirkan, muhasabah ini untuk diri ana juga, sedar tak usia orang yang lebih baik daripada kita ALLAH pendekkan?? Kenapa ALLAH izinkan kita yang banyak dosa ini terus hidup atas muka bumi ALLAH ini. Semoga ana dan para pembaca semua sedar, usia adalah anugerah ALLAH kepada kita supaya kita bertaubat atas semua dosa yang kita lakukan sebab kita sendiri tak tahu bila ALLAH akan panggil kita pula.

Ucapkanlah Iktifar sebelum terus membaca

Ana harap usia yang dah makin bertambah ini, ana tak sia-siakan lagi. Ana harap semua para pembaca faham, hari lahir bukan sekadar sambutan huha....huha...dengan nyanyian "Happy Birthday to You" tapi untuk diingati sejauh mana rapatnya hubungan kita dengan ALLAH. Sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan. Sebanyak mana juga usaha untuk bertaubat kita lakukan. Jangan takut untuk bertaubat tau...kerana MATI itu PASTI...jangan bertangguh untuk bertaubat....kerana MATI itu PASTI

Akhir kata, Jom Bertaubat bukan hanya kepada orang yang melakukan dosa tapi juga buat yang tak tahu dosa yang pernah dia pernah lakukan...

Memanusiakan manusia

Wednesday, December 14, 2011

Aku......

Assalamualaikum....
Salam Ukhwah...
Hari ni...terdetik di hati ini untuk menukilkan sesuatu di sini...entah kenapa...hati ni terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku ni kat sini....banyak benda yang pahit terlah berlaku kepadaku pada sem ni...aku cuba untuk kuat...aku kena kuat....sebab aku adalah THE Wan.@ THE ONE...huhuhu....Wan kau kena kuat tau...fokus je pada pelajaran tu....jangan asyik nak berkhayal je....tapi aku dah hilang minat nak belajar ni...kenapa setelah aku kena ujian ni, aku rasa down sangat....aku memang tak minat langsung kimia...tapi yang best tentang kimia tu...sebab kerja yang aku nak mohon lepas bergraduasi nanti....ada kaitan dengan kimia..huhuhuh....K.I.M.I.A...lagi satu bila kau nak berubah ni Wan????berubah la sebelum terlambat.....jangan menyesal dah la ya.....KEEP ON FIGHTING!!!!! Ingat...ALLAH bersamamu...

Saturday, April 2, 2011

Betul ke aku ni????

Assalamualaikum,

tak lama dah.aku akan menduduki peperiksaan akhir semester2 pada 25 April 2011. tapi apa yang aku telah lakukan sampai ke hari ni bagi mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan tersebut?? tak ada apa-apa.tidur dan tonton CSI je.huhuhu...aku tahu kejayaan takkan datang bergolek tapi kenapa tak ada usaha secara fizikal untuk dapatkan kejayaan ini. Aku hanya buat usaha secara rohani je.(doa dan solat).aku tahu kedua-duanya kena seimbang.Tapi......subhanallah. kenapa banyak sangat tapi ni???aku nak berjaya dunia dan akhirat. Hari ni dah masuk 2 April 2011. Doakan kejayaan aku.aku dah sedar masalah aku sekarang. banyak sangat merancang. betul kata kawanku,Pak Ya "terlalu banyak memikirkan masa depan,akan merosakkan masa depan". aku sedang merancang untuk gagal???Ya ALLAH,selamatkan la aku.aku takut gagal tapi aku dapat rasa yang aku sedang menghampiri kegagalan.....(P/S: pakaian kotorku masih berendam dah lebih 24jam dalam baldi tu.bila nak basuh ni???)

Wednesday, April 28, 2010

KONSEP DAN BUDAYA ILMU

KONSEP DAN BUDAYA ILMU
April 14, 2008 in Uncategorized

Kamus Dewan (2000) mendefinisikan ’budaya’ sebagai tamadun ,

peradaban , kemajuan fikiran , akal budi , cara berfikir atau

cara berkelakuan .
Wikipedia Indonesia pula menyatakan bahawa perkataan ’budaya’

sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit yang bermakna hal-hal

yang berkaitan dengan budi dan akal manusia , atau sebuah

sistem pengetahuan yang meliputi sistem idea manusia yang

mana idea tersebut diamalkannya sehari-hari .
Perkataan ’ilmu’ pula memiliki definisi yang sangat luas dan

susah untuk didefinisikan . Syed Muhammad Naquib al-Attas

berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya tidak bersifat

neutral , budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga

berbeza mengenai ilmu walaupun ada persamaan mengenainya .

Terdapat perbezaan yang ketara dan tidak seiring mengenai

konsep ilmu di antara budaya Islam dan juga Barat . (Wan

Mohd. Nor, 1998)
Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya ’Ulum al-Din

mendefinisikankan ’ilmu’ itu kepada daya membuat generalisasi

, konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan

memperoleh kebenaran intelektual . (Hamid Fahmy Zarkasyi ,

1990)
Maka ’budaya ilmu’ yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan

ilmu digabungkan boleh diertikan sebagai segala aktiviti

keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat dan

diterima sebagai nilaitara utama dalam amalan mereka . (Mok

Soon Sang , 2000)

PEMBANGUNAN TAMADUN MANUSIA BERTERASKAN BUDAYA ILMU
Sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa

penting yang sekaligus membuktikan bahawa golongan manusia

yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan kepada budaya

intelektual yang tinggi dalam zaman mereka .
Golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat

fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan

sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi

berpandukan dari sejarah tamadun manusia , seringkali kita

saksikan bahwa sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak

diasaskan oleh budaya ilmu yang baik , akan memeluk dan

menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu

(Wan Mohd. Nor,1997)
Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti

golongan Mongol yang telah menyerang Baghdad , menjatuhkan

Dinasti Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumber-sumber

keilmuan dan tamadun Islam yang sekaligus paling menyedihkan

dalam sejarah (Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani

Halimi,1996) kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan

generasi Islam baharu di Turki , China dan Rusia pada hari

ini (Wan Mohd. Nor,1997)
Kejayaan intelektual dan peradaban tinggi yang dicapai oleh

kaum-kaum Yunani , Yahudi , China , India dan umat Islam di

zaman silam serta betapa canggihnya pencapaian sains dan

teknologi negara-negara Barat pada hari ini juga adalah bukti

nyata di mana sesebuah golongan manusia itu jika ilmu dan

budaya ke arahnya dimartabatkan di kedudukan yang tinggi di

dalam masyarakat mereka .
Zaman Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuan terkenal

seperti Socrates , Plato dan juga Aristotle yang banyak

mempelopori ilmu falsafah , logik serta geometri . Albert

Einstein , Karl Marx dan Sigmund Freud dilihat sebagai

diantara tokoh intelektual berketurunan Yahudi yang

berpengaruh besar di dalam pelbagai bidang keilmuan moden .

Mazhab Konfuciunisme Baru yang mewarnai tamadun China klasik

di mana kecenderungan amali telah memberi sumbangan besar

kepada manusia sejagat melalui penghasilan kertas , sutera ,

percetakan , kompas serta ubat meriam . Budaya India Kuno

pula yang lebih memberikan penekanan kepada ilmu yang paling

abstrak telah memberikan sumbangan bernilai terhadap bidang

astronomi , geometri serta perubatan . Fenomena budaya ilmu

itu mula berubah apabila agama Kristian yang menguasai

negara-negara Barat pada Zaman Pertengahan telah menyebabkan

ilmu itu sendiri telah diilhami oleh semangat sekular

sekaligus mempengaruhi setiap aspek kehidupan dan pemikiran

manusia moden hari ini . (Wan Mohd. Nor, 1997)

BUDAYA ILMU DI DALAM AGAMA ISLAM
Dr. Hasan Langgulung (1979) berpendapat bahawa dengan

turunnya ayat al-Quran yang pertama di Gua Hira kepada

baginda Rasulullah s.a.w adalah tanda akan bangkitnya satu

peradaban baru di dunia .
Ini kerana apabila manusia itu disuruh membaca (Surah al-’

Alaq :1-5) maka proses “membaca” itu sendiri akan melibatkan

berbagai proses mental yang tinggi seperti proses pengenalan

(cognition) , ingatan atau hafalan (memory) , pengamatan

(perception) , pengucapan (verbalizing) , pemikiran

(reasoning) serta daya cipta (creativity).
Jika dilihat dari segi psikologi , proses pembacaan itu

sendiri akan melibatkan keseluruhan struktur mental manusia

itu sebagai kecerdasan seseorang individu (intellegence) .

Dari aspek sosial pula proses pembacaan tadi akan

menghubungkan perasaan , pemikiran dan tingkahlaku seseorang

manusia kepada manusia yang lain . Pembacaan yang terhasil

dari simbol yang dapat dibaca iaitu tulisan akan menjadi alat

sistem perhubungan yang akan mewujudkan suatu sistem sosial ,

di samping penggunaan bahasa itu sendiri akan dijadikan

sebagai gudang (storage) tempat penyimpanan nilai-nilai

budaya yang akan berpindah dari satu generasi ke generasi

selanjutnya .
Perubahan sikap individu yang suka membaca atau aktiviti ke

arah keilmuan ini akan menular kepada keluarga individu

tersebut dan seterusnya akan menular lagi ke dalam masyarakat

. (Hasan Langgulung , 1979)
Daripada impak pembacaan , oleh kerana manusia dikurniakan

akal maka manusia akan memikirkan apa yang dibacanya .
Adalah jelas di sini bahawa , al-Quranlah punca kepada proses

keilmuan . Darinya akan lahirlah budaya keilmuan yang

diamalkan oleh individu dan setiap anggota masyarakat dan

menyebabkan perubahan tamadun manusia sekaligus punca

tercetusnya pembangunan tamadun umat Islam .
Hasan Langgulung melihat terjadinya perkembangan dan

tersiarnya kebudayaan Islam ke serata tempat adalah berpunca

daripada agama Islam sendiri kerana Islam adalah agama yang

pertama sekali mengakui bahawa setiap manusia itu berhak

malah diperintahkan untuk menuntut ilmu pengetahuan dan

mempelajari kemahiran-kemahiran mengikut kecenderungan

masing-masing . (Hasan Langgulung , 1979)
Hal ini dimanifestasikan oleh baginda Rasulullah s.a.w

apabila baginda mendirikan sebuah masjid yang pertama di

dalam Islam iaitu Masjid Quba. Pembinaannya sama seperti

pembinaan masjid-masjid lain iaitu bukanlah semata-mata untuk

beribadah solat sahaja tetapi juga menjadi tempat pertemuan ,

perpaduan dan markaz yang strategik di mana umat Islam boleh

berjumpa , berbincang dan mempelajari ilmu .(Kamarudin Ahmad

dan Azman Md. Zain , 2002)
Di dalam masjid juga baginda akan mengajar dan memberi

khutbah dalam bentuk halaqah di mana para sahabat akan duduk

mengelilingi baginda untuk mendengar dan bersoal jawab

berkaitan dengan urusan agama atau kehidupan seharian .
Berlainan dengan tamadun Kuno seperti China dan India ,

proses keilmuan hanya terbatas kepada golongan tertentu

sahaja seperti golongan aristokrat , golongan lelaki sahaja

atau khusus untuk golongan pendeta atau ahli agama (Wan Mohd

Nor , 1997)

MASYARAKAT YANG BERBUDAYA ILMU
Sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu sudah

setentunya akan memiliki beberapa ciri-ciri tertentu yang

membezakan mereka dengan masyarakat yang tiada

berkecenderungan terhadap aktiviti keilmuan .
Wan Mohd Nor (1997) antara lain menggariskan ciri-ciri

tersebut adalah seperti ;
1. Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan

keilmuan
2. Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di

peringkat masyarakat , diputuskan dan dilaksanakan

berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahu

pun syura .
3. Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam

sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat .
4. Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat

akan memberi keutamaan , bantuan , kemudahan , dan

pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang

melibatkan diri di dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu

pengetahuan
5. Dalam diri dan masyarakat , tidak akan mengiktiraf

sifat jahil , bebal dan anti ilmu .
6. Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu , akan

menolak dan membenci pandangan , pernyataan , serta amalan

yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran .
7. Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami ,

mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih

penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai

bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-

disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan

diri dan masyarakat

Justeru itu , Wan Mohd. Nor (1997) selanjutnya menambah

bahawa masyarakat yang berbudaya ilmu seharusnya memiliki

beberapa nilai tertentu , iaitu ;
1. Kepentingan Ilmu
Masyarakat yang berbudaya ilmu akan menjadikan ilmu sebagai

asas segala kebaikan. Ilmu yang dipelajari bukanlah tiket

untuk mendapatkan kemewahan material , melahirkan pekerja

yang cekap atau peluang untuk pekerjaan lumayan tetapi lebih

kepada penanaman sikap untuk memuliakan ilmu dengan cara

menuntutnya dan seterusnya menghayatinya seumur hidup .
Pendidikan menurut Ibnu Khaldun , dapat membantu individu dan

masyarakat menuju kemajuan dan kecemerlangan . (Dr. Gamal

Abdul Nasir Zakaria , 2003)
2. Hasil Ilmiah Yang Berkekalan
Berkekalan di sini bermaksud bahawa sebarang usaha dan hasil

yang berteraskan ilmiah itu seharusnya merupakan sumbangan

dan amal kebajikan penting bagi diri sendiri dan juga manusia

, dan sumbangan tersebut akan diberi ganjaran yang bersifat

kekal .
Bagi ilmuan non-Muslim , mereka pasti mendapat kemasyhuran

nama sepanjang zaman manakala bagi ilmuan Muslim pula percaya

kepada ganjaran pahala amal jariah di akhirat .
3. Usaha Keilmuan Yang Berkekalan
Di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu , anggota

masyarakatnya perlu maklum bahawa pendidikan itu adalah

proses pembelajaran sepanjang hayat yakni dari buaian hingga

ke liang lahad .
4. Hormat-Kritis Terhadap Ilmu
Masyarakat berbudaya ilmu juga mesti berani mencari kebenaran

dan memperbaiki hasil pemikiran tokoh ilmuan terdahulu .

Perkara ini dapat disaksikan melalui rentetan sejarah dimana

Imam Syafi’i serta Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan

Imam Malik . Contoh lain pula Imam al-Ghazali mengkritik

kekeliruan ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan unsur

dan pemikir Yunani tetapi tetap mengakui sumbangan dan

keagungan para pemikir Yunani tersebut .
5. Kesinambungan Tradisi Keilmuan
Peka dan sedar betapa pentingnya kesinambungan atau sejarah

ilmu atau keilmuan juga sebuah nilai yang amat mustahak

dimana ilmu itu sendiri tidak terbatas kadarnya serta manusia

itu sendiri tidak akan dapat memikirkannya bermula dari titik

kosong . Khazanah keilmuan generasi terdahulu dan juga semasa

seharusnya diketahui dan seterusnya direkodkan .
6. Kepimpinan
Masyarakat yang mahu memilih barisan para pemimpin mereka

setentunya terlebih dahulu mesti memahami dan menghayati

budaya ilmu itu sendiri sebelum menilai , memilih dan

mengukuhkan pemimpin yang berilmu , adil , bijaksana ,

berwawasan jauh dan tegas . Ini juga bermakna , mana-mana

individu atau kumpulan pemimpin yang mahu memimpin masyarakat

, semestinya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dasar dan

kepakaran yang sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa

bersesuaian dengan keperluan zamannya .
7. Bermusyawarah
Seseorang individu setentunya tidak akan dapat mengetahui

semua perkara yang diperlukan untuk hidup secara sendirian

apatah lagi sebagai sebuah masyarakat kerana ilmu bersifat

tidak terbatas . Solusinya ialah dengan cara bermusyawarah.

Ini kerana di samping proses itu sendiri merupakan suatu

jelmaan ciri budaya ilmu , syura juga merupakan amalan

Rasulullah saw dimana baginda sendiri seringkali

bermusyawarah dengan para sahabatnya yang berwibawa dalam hal

yang berkaitan dengan maslahat orang ramai serta seringkali

juga menerima pandangan mereka .
8. Pengiktirafan Peranan Wanita
Wanita memang berperanan besar di dalam menentukan dan

membina budaya ilmu dan ketinggian tamadun manusia . Zaman

pramoden menyaksikan kaum wanita secara tidak rasmi telah

berpengaruh besar di dalam peringkat rumahtangga khususnya

mengenai urusan penerusan adat resam , penjagaan keluarga dan

kemahiran hidup berkeluarga .
Ahli sejarah melihat pengabaian pendidikan kaum wanita

seperti di dalam tamadun Yunani Kuno dilihat sebagai punca

kepada kejatuhan tamadun masyarakat Yunani itu sendiri .
Agama Islam pula bersumberkan dari wahyu atau hadis ,

memerintahkan kepada kaum Muslimin , lelaki dan juga

perempuan untuk sama-sama menuntut ilmu pengetahuan dan

menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah

SWT di muka bumi ini . Isteri-isteri Rasulullah saw sendiri

terutamanya Siti Aisyah adalah sumber rujukan para sahabat

khususnya mengenai al-Quran , hadis , fekah selain syair ,

sejarah Arab , nasab keturunan (silsilah) dan juga perubatan

.
Jelas di sini bahawa , kaum wanita memberi kesan kepada

sesebuah institusi keluarga. Manakala kekeluargaan pula

merupakan paksi kekuatan sesebuah masyarakat .(Hasan

Langgulung ,1979)

CABARAN BUDAYA ILMU MASA KINI
Terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani agar hasrat

untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudaya ilmu pada

zaman sekarang . Diantaranya ialah ;
1. Salahtanggap masyarakat terhadap ilmu
Masyarakat melayu silam melihat ”ilmu” dan usaha kearahnya

itu hanya sebagai memenuhi kepada keperluan peribadatan

sahaja . Contohnya mempelajari ilmu astronomi hanya untuk

memastikan waktu-waktu solat atau ketibaan bulan-bulan

penting sahaja . Ilmu matematik hanya khusus untuk mengira

fidyah , zakat atau pembahagian harta pusaka (Wan Mohd. Nor

Wan Daud,1997).
Masyarakat pada hari pula melihat aspek pendidikan sebagai

syarat untuk lulus peperiksaan sekaligus sebagai tiket untuk

mendapatkan pekerjaan yang lumayan , kurikulum yang tersedia

juga kurang memberi peluang untuk para pelajar untuk berfikir

secara aktif , ilmu itu juga telah disempitkan melalui

pengkhususan dan pengelasan , ilmu tidak dapat kaitkan dengan

iman dan amal serta terpinggirnya kesan ilmu terhadap aspek

akhlak . (Dr. Tajul Ariffin Nordin dan Dr. Nor’Aini Dan,2002)

Oleh itu , set minda masyarakat yang sempit yang

berkemungkinan diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti

pengaruh sekularisme atau dualisme yang diperkenalkan oleh

pentadbiran kolonial silam misalnya perlulah diubah melalui

pendidikan Islam agar konsep ilmu yang luas dapat memberi

impak yang sempurna kepada masyarakat .
1. Pengaruh berlebihan budaya korporat dan penswastaan

terhadap ilmu dan sistem pendidikan. (Dr. Tajul Ariffin

Nordin dan Dr. Nor’Aini Dan,2002)
Apabila manusia hanya asyik memikirkan keuntungan material

sahaja dengan cara memperniagakan kegiatan intelektual secara

komersial secara tidak langsung akan menyebabkan

terpinggirnya budaya ilmu itu sendiri kerana ia sudah tidak

lagi diasaskan oleh konsep ibadah dan keikhlasan
1. Tiada wujudnya kesinambungan usaha intelektual di

alam karier .(Prof. Dr. Azyumardi,1999) . Usaha membuat

kajian dan penyelidikan (research and development) di dalam

sektor kerajaan serta swasta sebenarnya memberikan impak

besar terhadap kemajuan negara . Tanpa adanya dapatan

daripada penyelidikan dan kajian yang berterusan ,

produktiviti yang dikecapi hanyalah bersifat minima sahaja .
2. Institusi informal dan non-formal dalam masyarakat

yang pincang .
Perkara ini dapat dilihat melalui kurangnya peranan ibu bapa

yakni kekeluargaan di dalam budaya ilmu (M.Wasiullah

Khan,1989)
Realiti zaman sekarang menyaksikan para ibu bapa kurang

berperanan sebagai ejen sosialisasi dan role model penting

kepada keluarga mereka . Hal ini sama sekali berbeza dengan

masyarakat zaman silam yang tidak begitu terdedah dengan

pengaruh negatif dari budaya luar kerana utuhnya sistem

kekeluargaan yang rapat walaupun para ibu bapa selalunya

tiada berpendidikan tinggi .
1. Kurangnya imbalan atau insentif pihak kerajaan kepada

para ilmuan dan kegiatan intelektual .
Ibn Khaldun di dalam kitab Muqaddimahnya ada menceritakan

tentang kepesatan dan kemajuan ilmiah yang dicapai oleh

wilayah Islam semasa pemerintahan amir-amir Turki dimana

sekolah-sekolah (zawiyah) dan wakaf-wakaf banyak didirikan

sebagai industri pelaburan di mana keuntungan yang diperolehi

akan digunakan sebagai upah dan insentif serta motivasi bagi

para pendidik dan pelajar .
1. Kurangnya usaha mempublisitikan ilmu , tokoh keilmuan

dan karya intelektual kepada masyarakat (Wan Mohd. Nor Wan

Daud,1997) yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan

terhadap dunia hiburan dan sukan melalui media massa serta

gadget elektronik .


1. Khazanah karya intelektual yang dilupakan .
Usaha mengkaji dan menyelidik karya-karya intelektual tokoh-

tokoh keilmuan zaman silam perlulah dijalankan ,

diperkembangkan dan didedahkan kepada pelbagai lapisan

masyarakat dari masa ke semasa agar segala pengajaran , nilai

tujuan , kandungan dan kejayaan atau kegagalan para tokoh

ilmuan tersebut dapat dimanfaatkan secara hormat-kritis (Wan

Mohd. Nor Wan Daud,1997) .
Berbalik kepada tema , konsep dan budaya ilmu ; apakah yang

akan terjadi sekiranya masyarakat kita tidak berbudaya ilmu?

Masyarakat yang tidak berbudaya ilmu pastinya akan berbudaya

jahil atau bebal , bukan kerana ketiadaan maklumat atau fakta

yang betul tetapi kerana rendahnya sifat rohaniah dan degil

walaupun mempunyai maklumat yang betul dan cukup . (Wan Mohd.

Nor Wan Daud,1997).

KESIMPULAN
Untuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat

bukanlah satu impian yang terlalu ideal atau mustahil untuk

dicapai . Ini kerana melalui pengalaman sejarah silam ,

generasi manusia terdahulu seperti masyarakat Yunani , China

, India dan Islam sendiri pernah mencapainya di dalam

pelbagai bidang keilmuan. Kecanggihan sains dan teknologi

yang didominasi oleh negara-negara Barat dan negara Jepun

moden sekarang ini adalah manifestasi dari budaya ilmu yang

disemai di dalam masyarakat mereka .
Ibn Khaldun sendiri ada menyatakan bahawa ilmu pengetahuan

dan pengajaran (ta’lim) merupakan hal semulajadi di dalam

peradaban manusia . Jadi , tidak hairanlah bilamana tokoh itu

tersebut pernah menyatakan bahawa sejarah jatuh bangun

sesuatu bangsa berkaitan dengan budaya ilmu yang dihayatinya